Sunday, March 16, 2008

2 Kritikal Faktor Sudah Beres

Tempoh dua minggu lepas adalah tempoh yang tidak begitu produktif bagi saya. Pertama saya telah tidak sihat. Tempoh dua minggu lepas juga adalah tempoh demam pilihanraya ke-12 pada 8hb. Mac 2008. Walaupun keputusannya sudah diketahui (mengejutkan!!!), demamnya belum reda lagi samaada dipihak BN atau pun BA.

Sebenarnya banyak benda yang ingin saya rakamkan diBlog ini dalam tempoh dua minggu lepas; tetapi oleh kerana kesihatan, dipendam saja. Tetapi hari ini saya mesti rakamkan detik journey yang amat penting tentang cita-cita untuk membuka Bakeri ini.

Pada 11hb. Mac 2008, semasa pulang dari berjumpa dengan doktor, saya bersama Mus telah pergi ke Taman Melawati. Kami berjumpa dengan Tuan Haji Azmi, tuanpunya Bakeri Ria. Sambutan mesra oleh Tuan Haji Azmi dan kesediaannya untuk menunjuk ajar saya untuk membuka Bakeri telah membuat saya lebih bersemangat. Ini adalah kritikal faktor yang pertama.

Soalan pertama yang ditanya oleh Tuan Haji Azmi ialah dimanakah lokasinya. Perbincangan hangat tentang lokasi itu. Jadi, saya faham yang lokasi adalah perkara yang amat penting untuk perniagaan ini. Sebenarnya bukan sahaja lokasi, tetapi kedainya (dengan nombor lotnya: No. 11) sudah pun saya kenali – hanya tuan punya kedai (lot) itu belum lagi dimaklumkan - sebenarnya tidak ada signage yang Lot kedai tersebut untuk disewa, hanya kosong sahaja.

Tugas yang kedua ialah memastikan yang tuanpunya lot kedai itu ingin memberi sewa lot kedai itu kepada saya. Bukan itu saja, sewanya hendaklah "reasonable". Alhamdulillah, pada hari Jumaat lepas - 14hb. Mac, 2008 tuan empunya kedai itu telah bersetuju untuk menyewakan kepada saya.

Dengan ini, 2 kritikal faktor untuk menjayakan projek ini sudah beres. Perancangan rapi perlu dibuat sekarang. Saya telah pun membuat "details project management" untuk projek ini dan dijangkakan, Bakeri Kita akan beroperasi pada 1hb Julai, 2008, InsyaAllah.




No comments: