Wednesday, March 5, 2008

Mukadimah

Minggu lepas, pada 26 Februari, 2008, saya berbual-bual kosong dengan Mus dipejabatnya di Ampang Point. Saya mengenali Mus semasa kami menuntut di ITM (sekarang UITM) diawal 70-an lagi. Tetapi hubungan kami terputus sehinggalah kami berjumpa kembali di Masjid Bukit Indah, Ampang lebih kurang dua tahun lepas. Ini bermakna lebih 30 tahun kami tidak berjumpa.

Pembaca bolehlah membuat congak akan umur kami sekarang. Betul, saya dan Mus sudah pun masuk ke kumpulan wargaMas.

Cerita sebenar yang ingin saya paparkan disini ialah - didalam perbualan kosong itu sambil bertanya khabar kawan-kawan lama, tiba-tiba Mus melontarkan perkataan dengan agak serious dan bersungguh-sungguh. "Wan, kau bukalah Bakeri macam kawan kita Si Azmi Food Tech. classmate Mat Sabu. Kedai dia diMelawati dan dia pun ada buat Akademi Bakeri". Suaranya macam memaksa.

Saya tersentak sekejap. Sebenarnya saya dan isteri mempunyai rangka pelan sebegitu juga. Membuka kedai kek dan ada tempat makan dimana ada juga dijual chicken chop, fish & Chips dan sebagainya. Idea ini bersama kami sejak ditahun 1994 lagi bila melihat kedai kawan kami diBandar Sunway (Encik Ismail JAL). Tetapi dipendam saja, kerana kami berpindah ke Kerteh, ke Kuantan dan ke Ipoh sepanjang 1995-2004 kerana tugasan saya.

Isteri saya amat berminat didalam bidang kek (general terms which include cookies, bread, muffin and etc). Didalam masa setahun ini, pelan untuk membuka kedai kek (didalam banyak bentuk) selalu dibincang oleh saya dan isteri. Didalam masa setahun ini juga kami telah mencuba membuat kek, cookies dan lain-lain. Jualan untuk Hari Raya tahun lepas (2007) pun ada. Kami akan "share" pengalaman itu nanti.

Cukuplah untuk Mukadimah

No comments: